Welcome Graphics
More Welcome Glitters at Jhocy.com

Wednesday, December 30, 2009

Tempahan Penutup 2009




Ni tempahan penutup untuk 2009.Tak ambik semua gambar pun.Yg bereben tu special for someone oleh kawan hubby.Thanks semua, semoga akan bertambah rezeki di tahun mendatang.

Wednesday, December 23, 2009

Order untuk cuti Krismas







Order Coklat 52 biji ni dr Umi, teman satu bas pegi & balik office.Ada 4 jenis semuanya iaitu coklat badam,coklat praline oren,strawberi & coklat kosong.4 bekas empat segi pula di order oleh kawan2 keje hubby kat KLIA.Beryl's black & white coklat tu pulak pemberian Supervisor (Corrine Gan) sempena Krismas.Time kaseh banyak2.

Monday, December 21, 2009

Order Tapi x Ambil


Dapat call dr seorang hamba Allah yg tlh mengorder coklat 4 cav sebanyak 12 kotak.Order pun dlm waktu yg mendadak sbb dia nak coklat tu kalau boleh siap dlm masa 2 hari.Saya pun bersetuju dan terus meminta hubby utk pergi membeli kotak yg saya tlh order terlebih dahulu.Malam tu saya terus menyiapkan coklat yg tlh di pesan.Agak lewat dapat menyiapkan memandangkan dia mahu sebahagian coklat berwarna.Saya tidak meminta kepadanya duit deposit kerana pesanan tu pun terlalu singkat dan saya masih ada sifat percaya terhadapnya.Hasil dr perbincangan keesokan harinya, coklat tu akan di ambil pd hari Khamis 17/12/09 lebih kurang pukul 11 pagi.Tapi malangnya sehingga pukul 2 ptg dia x kunjung tiba.Call pun dah 3 kali tapi hp tutup.Gerak hati saya mengatakan dia tak akan datang untuk mengambil coklat tersebut.Tak apalah....hari ni mungkin kita berjaya menganiaya orang, tp suatu hari nnti mungkin orang akan menganiaya diri kita.Tak perlulah saya mentionkan no h/p kat cni,cukuplah ianya menjadi peringatan buat semua.

Moist Chocklate Cake


Kek ni di order oleh Arin ( x roommate) yg baru melangsungkan perkahwinannya 1 bulan yg lepas.Order ni pun just untuk makan2 1 family sempena cuti awal muharram ni.Harap2 kek ni menepati citarasa arin sekeluarga.

Sunday, December 13, 2009

Macam2




Coklat yg kat atas tu adalah repeat order dr kawan hubby yg tlh melangsungkan perkahwinannya semalam.Dia terpaksa order lagi coklat tu pasal order yg first tu tlh dimakan oleh anak2 buahnya.Nasib baik bekas tu x leh makan klu x terpaksalah order dgn bekas2 nya sekali.kesian.....

Wednesday, December 9, 2009

Order n Hantaran












Banyak gak order dkt raya haji ni.Gambar cam biasalah bekas transparen yg 4 segi tu, maleh lah nak tepek kat sini, serupa je dgn yg kat bawah2 tu..Coklat Merah tu kawan hubby order untuk hantaran hari pernikahannya.Temanya warna merah macam darah.Tapi takde pewarna camtu.Letak kat white coklat jadilah warna cam pink gitu.Hopefully dia terima....semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Wednesday, November 25, 2009

Our Contribution




Minggu ni minggu yg sibuk dgn menyiapkan coklat untuk Hari Raya Haji.Yang kat atas tu pulak sumbangan dariku sekeluarga untuk Ila ( husband's cousin) yg akan melangsungkan perkahwinan minggu depan ni.Harap2 Ila gembira dgn sumbangan kami ni.Kami doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Sunday, November 22, 2009

Coklat hantaran lagi


Tiap-tiap minggu tak putus-putus dgn order dari customer.Ada yg regular cust ada yang customer baru.Yang ni pulak order dr kawan hubby sbg hantaran.

Door Gift









Coklat ni di order oleh Arin bekas roommate masa bujang dedulu.Coklat compaund 2 biji sebanyak 150 kotak & muffin sebanyak 300 pek.Harap Arin puas hati.Terima kasih kerana sudi order dgn akak.Semoga bahagia & kekal hingga ke akhir hayat.

Sunday, November 15, 2009

Order Lagi


Coklat ni order dari staf2 Empress Hotel.7 balang semuanya.Harap semuanya berpuas hati dengan rasa coklat ni.Nanti bolehla order lagi hi...hi...

Thursday, November 12, 2009

Coklat Hantaran







Coklat ni pun di order oleh kawan Hubby sbg hantaran.Kombinasi white coklat & coklat susu disusun berselang-seli adalah atas permintaan pelanggan sendiri.Terima kasih ye kerana sudi order dgn kita, lain kali orderlah lagi.

Tuesday, November 10, 2009

Bear Chocklat



Bear Chocklat yag kat atas tu di order oleh kawan hubby kat KLIA.Mengandungi 30 biji bear semuanya berharga rm25 shj.Ordernya 2 hari sebelum ni, nasib baik dapat menyiapkannya.

Monday, November 2, 2009

Coklat untuk Jualan







Semua coklat yg kat atas tu nak letak kat kedai kwn hubby.Last2 hubby kata dia nak jual kat office, alhamdulillah habis semuanya.

Thursday, October 29, 2009

Coola Baby




Sesiapa yg berminat utk menggunakan cloth diaper pd baby anda blh la mendapatkannya dr saya dgn harga serendah rm30 shj.Mengandungi 2 insert sprt dlm gambar.Normal Price rm34++.Mudah dicuci dan paling penting menjimatkan.

Tuesday, October 27, 2009

Coklat Hantaran






Coklat ni di order oleh kawan hubby kat KLIA.Ordernya pun last2 minit, nak cari kotak pun x sempat.Bekas yg transparen ni jela yg dapat.Cari btk love tak de.Harganya sebekas rm23 shj.Sbb blh isi 42 pcs coklat je.Coklat ni utk hadiah kawannya sbg hantaran.Kalau pandai2 hias cantik juga coklat ni ikut kreativiti masing2.

Monday, October 26, 2009

Coklat Raya


Lama sgt x mengupdate blog ni asyik bizi je.....So masa yg terluang ni blh lah digunakan utk mengupdate blog yg agak suram ni.Gambar atas tu merupakan coklat raya ari tu.Buat pun x dela cantik, memandangkan di saat2 akhir.Orang yg order tu ckp tak pe janji blh makan.

Thursday, September 3, 2009

TESTER



Coklat ni nak bagi kwn yg dah order coklat utk hari raye.Org lain bg tester sebelum puasa tp ni

bagi masa dia dah order then dlm bulan puasa lak tu.Risau pulak kawan tu main order x rasa pun.Alhamdulillah lepas dia rasa, dia kata 'sedap'.So pembaca di luar sana silalah buat tempahan x kira la utk hari raya ke,pertunangan,perkahwinan dll.

Wednesday, September 2, 2009


Ni hari tu try buat coklat, barang dah lama beli tp x buat2 jugak.So hari tu sempatkan diri jugak la

buat coklat.Zati sibuk je kacau dgn jilat2 coklat yg dah bubuh dlm mold, sabar.....je lah.Yg ni x pe

kita makan sendiri tp nnti klu org order jgn buat camni tau.

Thursday, June 4, 2009

INGATAN

Fatamorgana
Artist: Hijjaz Song Category: Nasyid

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada AllahAllah

Wednesday, June 3, 2009

Kelas Coklat


30/5 tu aku menghadiri kelas coklat di Sri Kembangan, tenaga pengajarnya adalah Umi.Datang dgn bawa baby yg br berusia 3bln sbb hubby x nak jaga, takut menangis katanya.So terpaksalah
bawa juga.Start belajar dia dah merengek... nasib baik anak Umi jaga terima kasih banyak2 sgt
sbb tlg jagakan.Lps ni boleh la buat coklat sendiri x payah beli kat pasar raya.Thanks Umi atas segala tunjuk ajar yg diberikan.







Tuesday, June 2, 2009

Permulaan...

Alhamdulillah......dah berjaya mencipta blog sendiri.Tengok orang lain ada blog,
sendiri pun teringin nak memilikinya.Blog ni pun umpama diari kehidupan kita.
Canggih sikit.....buku diari tu pesen lamalah tp still penting lg bg yg memerlukan.
Tujuan buka blog ni pun utk buat bisness mcm org lain jugaklah....moga ianya akan
memberi kebaikan utk diri sendiri dan pembaca lain.