Welcome Graphics
More Welcome Glitters at Jhocy.com

Wednesday, December 30, 2009

Tempahan Penutup 2009




Ni tempahan penutup untuk 2009.Tak ambik semua gambar pun.Yg bereben tu special for someone oleh kawan hubby.Thanks semua, semoga akan bertambah rezeki di tahun mendatang.

Wednesday, December 23, 2009

Order untuk cuti Krismas







Order Coklat 52 biji ni dr Umi, teman satu bas pegi & balik office.Ada 4 jenis semuanya iaitu coklat badam,coklat praline oren,strawberi & coklat kosong.4 bekas empat segi pula di order oleh kawan2 keje hubby kat KLIA.Beryl's black & white coklat tu pulak pemberian Supervisor (Corrine Gan) sempena Krismas.Time kaseh banyak2.

Monday, December 21, 2009

Order Tapi x Ambil


Dapat call dr seorang hamba Allah yg tlh mengorder coklat 4 cav sebanyak 12 kotak.Order pun dlm waktu yg mendadak sbb dia nak coklat tu kalau boleh siap dlm masa 2 hari.Saya pun bersetuju dan terus meminta hubby utk pergi membeli kotak yg saya tlh order terlebih dahulu.Malam tu saya terus menyiapkan coklat yg tlh di pesan.Agak lewat dapat menyiapkan memandangkan dia mahu sebahagian coklat berwarna.Saya tidak meminta kepadanya duit deposit kerana pesanan tu pun terlalu singkat dan saya masih ada sifat percaya terhadapnya.Hasil dr perbincangan keesokan harinya, coklat tu akan di ambil pd hari Khamis 17/12/09 lebih kurang pukul 11 pagi.Tapi malangnya sehingga pukul 2 ptg dia x kunjung tiba.Call pun dah 3 kali tapi hp tutup.Gerak hati saya mengatakan dia tak akan datang untuk mengambil coklat tersebut.Tak apalah....hari ni mungkin kita berjaya menganiaya orang, tp suatu hari nnti mungkin orang akan menganiaya diri kita.Tak perlulah saya mentionkan no h/p kat cni,cukuplah ianya menjadi peringatan buat semua.

Moist Chocklate Cake


Kek ni di order oleh Arin ( x roommate) yg baru melangsungkan perkahwinannya 1 bulan yg lepas.Order ni pun just untuk makan2 1 family sempena cuti awal muharram ni.Harap2 kek ni menepati citarasa arin sekeluarga.

Sunday, December 13, 2009

Macam2




Coklat yg kat atas tu adalah repeat order dr kawan hubby yg tlh melangsungkan perkahwinannya semalam.Dia terpaksa order lagi coklat tu pasal order yg first tu tlh dimakan oleh anak2 buahnya.Nasib baik bekas tu x leh makan klu x terpaksalah order dgn bekas2 nya sekali.kesian.....

Wednesday, December 9, 2009

Order n Hantaran












Banyak gak order dkt raya haji ni.Gambar cam biasalah bekas transparen yg 4 segi tu, maleh lah nak tepek kat sini, serupa je dgn yg kat bawah2 tu..Coklat Merah tu kawan hubby order untuk hantaran hari pernikahannya.Temanya warna merah macam darah.Tapi takde pewarna camtu.Letak kat white coklat jadilah warna cam pink gitu.Hopefully dia terima....semoga bahagia hingga ke anak cucu.